SALAH TAFSIR
ada 25 orang gila dan mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika . mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Boeing 747 yang besar . ketika di udara , orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat .kapten pesawat yang berasa marah telah menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka .
co-pilot : hoi ! kenapa bising sangat nie ? jangan main bola di dalam kapal terbang .
selepas seketika , akhirnya situasi menjadi tenang . tapi lama - kelamaan , kapeten menjadi curiga kerana situasi terlalu tenang . dia menyuruh co-pilotnya sekali lagi memeriksa keadaan di belakang . ketika co-pilot datang , dia amat terkejut kerana orang gila itu hanya tinggal 3 orang . dia pun bertanya .....
co-pilot : Kamu semua ! Mengapa hanya tinggal 3 orang sahaja ? Di manakah yang lain ?
orang gila 1 : Tadi encik kata tak boleh main bola di dalam kapal terbang .
co-pilot : Lepas tu ? Mereka ke mana ?
orang gila 2 : Jadi mereka bermain bola di luar la .
co-pilot : Apa ? Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam ?
orang gila 3 : Kami ni pemain simpanan