Ini blog saya yang punya ...: March 2012

mA fOlLoweR yG c0mEy n eNcEm !!

Friday 30 March 2012

I love you so much :*


Ini bushuk saya . Nama dia Merah but nama panggilan dia Abang . Saya sayang dia sangat2 . Yana nak cite macam mane dia nieh boleh wujud kat rumah yana .  Mak dia dulu sebenarnya bukan kucing kat rumah yana pun . Mase tuu yana p sekolah then balik2 yana dengar suara anak kucing . Yana tanye mama " Kucing mane tuh ? " Dah lah waktu tuh baru lepas kematian sekor kucing yana yang yana jage dari kecik . Then mama kate " Mama jumpe kucing tuh kat dalam longkang . Mama sian tengok dia duk dalam longkang . Mama suh abah amik " Baikkan mama itew ? Hehe . Mama kate masa tuh mama tengah minum pagi kat depan rumah dengan abah . Then , mama dengar suara anak kucing halus merdu jee meminta simpati dan pertolongan . Cehwah . Haha . Then , mama pun p cari2 , jumpe lha ank kucing kat dalam longkang . Mama amik dia . Kiterang jage dia elok2 . Then , lahir lha ank dia yang nieh . Sbenanye adik badek dia ade 3 ekor but 1 mati dan 1 lagi hilang . Tinggal lha dia . Dia nieh meme manje sngat2 . Sampai besar pun still manje . Jari dia ada banyak . Biasa nya kucing ada 5 jari tangan dan 5 jari kakikan ? But , dia ada 7 jari tangan 6 jari kaki . Dia bukan cacat atau KKU (kucing kurang upaya) but dia istimewa .


Abah yana selalu pesan kat yana . Jangan sesekali ejek dia yang dia nie cacat atau kurang upaya . Dia bukan macam tuh . Dia pun ada hati & perasaan . Dia nie ISTIMEWA . Paham tak ? ISTIMEWA lah bukan CACAT . Emo siket !! Hehe . 


Sebelum yana p sekolah , mesti dia akan mintak yana dukung dia . Dia akan mengeow kat yana .
Pada waktu balik sekolah , dia akan tunggu yana kat depan rumah .
Pada waktu petang , dia akan ajak yana keluar . Selagi yana tak keluar selagi tuh lha dia membising dalam rumah . 
Pada waktu malam , dialah yang temankan yana tidur ..




Khas buat abang : 


Disaat aku kesepian , kau lha penghibur .
Disaat aku kesedihan , kau lha pelawak .
Disaat aku kesunyian , kau lha peneman .
Disaat aku kekecewaan , kau lha datang memberi harapan .
Kau telah membuat hidup aku bahagia & ceria . Walaupun kau hanyalha seekor binatang . Tapi kau paham hati & perasaan aku . Jangan pergi dari hidup aku . Aku sayang kau . Ya Allah , jangan lha kau pisahkan dia dari aku . Aku sangat sayang padanya . 


Terima Kasih Singgah Blog Yana.


Assalamualaikum , 
Lame dah yana tak updates ken ? Yana bukan tak nak care kat Facebook , Twitter and Blog yana nieh . But , buat masa nieh yana amat sibuk sekali dengan kerja sekolah , sukan & kelas tambahan . Yana ken nak peksa tahu nieh . Tuu yang busy siket . Yana hanya akan luangkan masa yana depan lappy pada hari jumaat & sabtu sahaja . Kalau korang ada pape nak tanye atau nak kenal yana . Just mentions yana kat twitter & mesej yana kat Facebook . Insyaallah , kalau yana ada mase yana akan balas . K lha . Sampai sini sahaja . Bye2 ..





Terima Kasih Singgah Blog Yana.

Saturday 24 March 2012

Keputusan !!!

ASSALAMUALAIKUM , HARI NIE YANA NAK CITE PASAL KEPUTUSAN . OKEY , PADA 21 MAC ARITU ABANG-ABANG & KAKAK-KAKAK SAYA BARU DAPAT KEPUTUSAN SPM KAN ? SAYA UCAPKAN TAHNIAH KEPADA ABANG KAKAK SAYA YANG BERJAYA . YANG TAK BERJAYA TUU . CUBA LAGI TAO . OKEY , NOW SAYA NAK CITE PASAL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SAYA PULAK . ALHAMDULILLAH , OKEY LHA . TAK BANYAK A PUN . 3 JEE KOD . OKEY LHA . DARI TAKDE A KAN ? UMM , HARI NIE SAYA AGAK MALAS NAK TULIS ENTRY . BUT , SAJE MENGATAL JUGAK NAK MENAIP . OKEY LHA BYE .

Terima Kasih Singgah Blog Yana.

Saturday 10 March 2012

school holiday


Assalamualaikum , 

SCHOOL HOLIDAY !
yeay ! yeay ! yeay !

Korang dah rancang aktiviti korang untuk cuti sekolah ni ? Hmm , let's me guess what your activity . Mesti pergi holiday with family kan ? Umm , bestnya dapat holiday . But , yana cuti nie just stay at home and study :( . Not sad at all . Stay kat rumah pun kira okey lha kan ? Cuti nie mesti cikgu banyak bagi homework kan ? Kan ? Kan ? Hmm , dah agak dah . Cikgu bagi homework bukan nak buli korang but cikgu nak suruh korang pandai . Kan cikgu kan ? Hehe . Okey , yana pun actually banyak lha jugak homework yang perlu disiapkan . 

1) Haha . Mesti korang akan jadi macam nie kan ? Hehe . TOO MANY HOMEWORK...

Walaupun banyak kerja sekolah . Jangan lupa buat tao . Nanti tak pepasal kene marah dengan cikgu . Lagi naye ! Baik siapkan awal-awal . Kalau siap awal boleh lha main atau gi holiday kan ? Dah , dah . Gi siapkan kerja sekolah tuh . Eh , jangan lupa bace buku sekali tao .




Terima Kasih Singgah Blog Yana.

Thursday 8 March 2012

Happy Day


today I got my results :) Happy for my reults . Alhamdulillah . Saya bersyukur dpat results sebegitu rupa . Alhamdulillah dapat 1A buat masa nie . Baru dapat 3 subjek . Sains saya dapat A . tak tiru tao . jawab pakai otak . suka hati jee cakap saya meniru . cepuk kunk . itew budak baik lha awak . itew tak nak tiru2 nie . bukan kerja itew . saya bersyukur sangat2 dapat 1A . saya meme target sains saya A . but , BM saya c . haiyaa . macam mane nie . Sains A . Bahasa Inggeris B . tetibe Bahasa Melayu C . Haha . Ape lha . K lha saya bersyukur dengan results saya .

Terima Kasih Singgah Blog Yana.

Friday 2 March 2012

Hidup sebagai seorang calon PMR

Assalamualaikum kawan-kawan . Hidup sebagai seorang calon PMR 2012 amat perit . Bak kata mama saya Bersusah-susah dahulu , Bersenang-senang kemudian . Buat masa sekarang . Saya masih boleh beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan kelas tambahan petang dan malam . Japlagi yana selitkan jadual harian yana tao . Hanya ALLAH yang tahu betapa penatnya nak belajar . But , dengan penat itulah kita dapat kejayaan yang tak terhingga . Yana bukan nak mengeluh but yana just nak berkongsi dengan korang . Banyak gile keje sekolah , kerja kursus & latihan yang yana kene buat . But , yana still ade mase nak jenguk-jenguk Facebook & Twitter yana . Itu kira ade masa lah tuu . Tuu pun yana bukak just 1 minggu dua - tiga kali sahaja . Yana tak kesah pun kalau tak bukak berbulan-bulan pun . 

Nih dia jadual harian yana . Check this out :

6 pagi - 7 pagi : Bersiap ke skolah 
7 pagi hingga 3 petang : Belajar di sekolah untuk sesi pagi 
3.30 petang - 5 petang : Kelas tambahan petang 
5 petang - 7 petang : Latihan sukan
7 petang - 8 malam : Bersiap ke kelas tuisyen malam 
8 malam - 10 malam : Kelas tambahan malam 
10 malam - 12 tengahmalam : Buat homework 

Kalau dikirakan waktu makan tuu memang padat . Kadang-kadang yana tak makan . Haha . Caye tak ? But , badan tetap gemuk . Nie lah jadual yana . Sangat padat . K bye . Sampai sini jee . Sayang awak <3

Terima Kasih Singgah Blog Yana.